
Temburong, 9 Syawal 1430 bersamaan 28 September 2009 - Dua orang ahli "Ja Zenchu" dari 'Central Union of Agricultural Cooperatives' Jepun telah datang melawat ke Kampung Sumbiling untuk mempelajari tentang aktiviti harian orang tempatan. Pelawat Kenyi Takeuchi dan Yousuke Oota, telah diketuai oleh Pegawai dari Jabatan Pertanian, Dayangku Hajah Mariam binti Pg Haji Omar. Semasa lawatan, Salmah anak Ampili, wakil kepada Koperasi Kerjasama Amo, memperkenalkan program koperasi dan projek kepada pelawat. Para pelawat berkesempatan untuk melihat hasil produk kraftangan tempatan yang di tayangkan.
Advertisement