Majlis Perundingan Kampung Sumbiling akan menyertai Expo Produk Mukim dan Kampung yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2010 bertempat di Giant Hypermarket Kampung Rimba. Produk kraftangan hasil dari penduduk kampung seperti lanji boleh didapatkan semasa expo tersebut nanti.
Expo Produk Mukim dan Kampung
Posted in Uncategorized
Pelancong Jepun Melawat Kampung Sumbiling Baru

Temburong, 9 Syawal 1430 bersamaan 28 September 2009 - Dua orang ahli "Ja Zenchu" dari 'Central Union of Agricultural Cooperatives' Jepun telah datang melawat ke Kampung Sumbiling untuk mempelajari tentang aktiviti harian orang tempatan. Pelawat Kenyi Takeuchi dan Yousuke Oota, telah diketuai oleh Pegawai dari Jabatan Pertanian, Dayangku Hajah Mariam binti Pg Haji Omar. Semasa lawatan, Salmah anak Ampili, wakil kepada Koperasi Kerjasama Amo, memperkenalkan program koperasi dan projek kepada pelawat. Para pelawat berkesempatan untuk melihat hasil produk kraftangan tempatan yang di tayangkan.
Posted in Uncategorized
Salam Sejahtera
Selamat melayari Blog Majlis Perundingan Kampung Sumbiling.



Posted in Uncategorized
